Friday, June 15, 2012

... Hadapi Dengan Senyuman ...

✿~ Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian...

✿~ Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan
PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU...

✿~ Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya...

✿~ Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

✿~ Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain...

Saturday, March 24, 2012

...::: Tanda-tanda Kiamat :::...

Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)

Tanda-tanda kecil kiamat.

  1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
  2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
  3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
  4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
  5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
  6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
  7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
  8. Banyak berlaku gempa bumi.
  9. Zaman sudah dekat mendekati.
  10. Banyak fitnah memfitnah.
  11. Banyak pembunuhan.
  12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
  13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
  14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
  15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
  16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
  17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
  18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
  19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
  20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
  21. Anak melawan ibubapa.
  22. Hujan di musim kemarau.
  23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
  24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
  25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
  26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
  27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
  28. Banyak minuman keras.
  29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
  30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
  31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
  32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
  33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
  34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
  35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
  36. Orang alim sudah tidak disenangi.
  37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
  38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
  39. Banyak kematian secara mendadak.
  40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
  41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
  42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  43. Rasuah berleluasa.
  44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
  45. Ramai orang menjual-beli hukum.
  46. Memandang ringan masalah perceraian.
  47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.

* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.

· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.

Credit to : http://www.tranungkite.net/teladan/teladan191.htm

...::: Darah & Keperibadian :::...

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out...!!!

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B - Saya mempunyai jenis Darah B. Hiks!

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Friday, March 23, 2012

...::: Surah Ad-Dhuha :::...



Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu...

Saturday, March 17, 2012

...::: Alhamdulillah :::...


Syukur ke hadrat Allah... Inilah yg ak tggu2 slm ini... Tmpt pkrjaan yg ak idam2kan sjk ak study d UiTM...
LHDN...
Syukur Alhamdulillah...
Rezeki nk kawen agak nye..hihihihi..


...Cyberjaya ...
...01/03/2012...


New place, New job, New friends...
I hope everything gonna be alrite...
...InsyaAllah...

Trm ksh mama & abah sbb selalu doakan kjyn anakmu ini...
Buat tunang tersayang, trm ksh krn percayakan sy & snts brd di blkg sy slm ini serta menyokong sy ...
...Syukur Alhamdulillah...